30.4.13

Lawatan dari Program A1 Khas, IKM Jasin

Program SEP telah berbesar hati menerima kunjungan dari Program A1 Khas, IKM Jasin, Melaka pada 29 April 2012. Seramai 22 orang pelajar termasuk 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Kesemua tetamu dibawa melawat bengkel - bengkel dan kemudian ditunjukkan "demo" Penyegerakan atau Synchronizing oleh En. Ahmad Zafri bin Shafi'i. Diharapkan hubungan diantara Program A1 Khas, IKM Jasin dan SEP, IKM Lumut akan berterusan.







22.4.13

PENSIJILAN SEMULA PERSEKITARAN BERKUALITI IKM LUMUT

Pra-Audit Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S) 2013


IKM Lumut telah mula mengorak langkah untuk mendapatkan Pensijilan Semula selepas tamat tempoh Pensijilan pada tahun lepas. Bagi mempastikan Amalan 5S dapat diteruskan dengan Pensijilan, IKM Lumut telah mohon pensijilan semula menerusi MPC.

Pada hari ini bertarikh 22 April 2013 En. Ismail bin Mohd. Nor (Pegawai Perunding Kanan MPC) telah datang ke IKM Lumut untuk membuat lawatan Audit Pra-Pensijilan.

 En.Ismail sedang memeriksa dokumen Fail Juruaudit

Auditor MPC sedang membuat aucapan pembukaan Audit
Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan Audit di bilik Teater IKM Lumut.  Mesyuarat di hadiri oleh semua AJK Induk dan juga Ahli-ahli pasukan 5S IKM Lumut.  Audit Dokumentasi di semak didalam bilik operasi 5S.

17.4.13

Mohd Mukhlis bin Mansor terlibat dalam Kemalangan


Pelajar Semester 5 SEP, Mohd Mukhlis bin Mansor yang sedang menjalani Latihan Industri di Ipoh telah terlibat didalam kemalangan di Ulu Kinta, Ipoh pada 16 April 2013. Beliau kini dirawat di Katil 5, Wad 6B (Neurosurgeri & Pembedahan Plastik), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Keadaan beliau masih lagi belum stabil kerana kecederaan dalaman dibahagian muka. Bagi sesiapa yang hendak melawat Mohd Mukhlis boleh merujuk kepada wad tersebut.





13.4.13

Kursus Pendawaian Industri bagi Pensyarah Kolej Vokasional Seri Manjung - Hari Kedua

Hari kedua kursus bermula dengan setiap peserta diberi penerangan dan pendedahan mengenai kaedah - kaedah pendawaian industri seperti yang diamalkan sekarang. Pelbagai input dikongsi bersama. Kemudian peserta diberikan kertas projek pendawaian industri dan menggunakan ilmu yang telah dipelajari pada hari pertama, para peserta dikehendaki membuat dan menyiapkan projek yang diberi. Semangat para peserta semakin bertambah dengan kehadiran Ketua Jabatan Elektrik KVSM yang turut meninjau perkembangan kursus.



12.4.13

Kursus Pendawaian Industri bagi Pensyarah Kolej Vokasional Seri Manjung - Hari Pertama



Kursus ini telah dijalankan dari 9 hingga 10 April 2013 bertempat di Bengkel 2, Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa (SEP) IKM Lumut. Seramai 10 orang pensyarah dari Jabatan Elektrik Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM) telah hadir didalam kursus praktikal selama 2 hari ini. Kursus ini dijalankan sebagai pemantapan kemahiran bagi pensyarah - pensyarah Elektrik KVSM apabila mereka mengendalikan kursus kemahiran di KVSM. Tenaga pengajar yang terlibat bagi kursus ini adalah En. Kamarul Azizzain bin Zainun, En. Ahmad Zafri bin Shafi'i, En. Shamsul bin Mohad dan En. Othman bin Idris.