Pada 12 September 2011, IKM Lumut telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Tenaga(ST). Suruhanjaya Tenaga merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga khususnya pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya Tenaga perlu memastikan tenaga elektrik dan gas berpaip yang dibekalkan kepada pengguna adalah terjamin, berdaya harap, selamat dan pada harga yang berpatutan.
Kunjungan ST kali ini adalah kerana IKM Lumut secara amnya dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) telah disenaraikan antara calon akhir bagi Anugerah Industri Tenaga 2011. Empat orang Panel Auditor iaitu Ir. Nur Ali Za bin Hj. Omar, En. Ahmad Tazmin bin Mohd Noordin, En. Zahida bin Ismail dan En. Abd. Razak bin Hj. Amin hadir untuk membuat tinjauan mengenai perjalanan program kekompetenan yang ditauliahkan kepada IKM Lumut, manfaat kepada masyarakat dalam industri tenaga dan halatuju kekompetenan yang dijalankan serta perancangan masa hadapan.
Mari kita sama - sama berdoa agar Anugerah Industri Tenaga 2011 akan menjadi milik IKM Lumut dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Mari kita sama - sama berdoa agar Anugerah Industri Tenaga 2011 akan menjadi milik IKM Lumut dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan