30.12.12

Kini Tidak Susah Lagi


Berita baik kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kemahiran didalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera A1). Anda layak untuk menjalani latihan kemahiran dalam program ini sekiranya memenuhi kriteria seperti dibawah:

Kelayakan Minima

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia Atau Setara Dengannya Sekurang-Kurangnya
1) Satu (1) Kepujian Dalam Mana-Mana Matapelajaran
2) Lulus Matematik / Matematik Tambahan

Lain-lain Syarat

Lelaki sahaja




28.12.12

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi Januari - Jun 2013

Pihak Program SEP mengucapkan tahniah kerana memilih Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa sebagai pilihan bagi menyambung pelajaran dan mengumpul sebanyak yang boleh kemahiran dalam bidang elektrik kuasa. Diharapkan semoga pelajar semua berusaha bersungguh - sungguh bagi mendapatkan bukan sahaja Perakuan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) iaitu Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1 tetapi juga pengalaman - pengalaman membuat kerja - kerja sebagai seorang Penjaga Jentera Elektrik.

11.12.12

Mesyuarat Program SEP

Makluman kepada semua Pengajar dan Juruteknik SEP

Mesyuarat Program SEP akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Bilik PLC
Masa: 11.00 Pagi

Diharap semua dapat hadir didalam mesyuarat.

Harap maklum

Pemeriksaan Crosscheck Peperiksaan Akhir Program SEP



Makluman kepada semua staf SEP

Pemeriksaan CROSSCHECK Peperiksaan Akhir sesi Julai - Disember 2012 akan berlangsung pada tarikh dan tempat seperti dibawah:

Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Bilik PLC
Masa: 2.30 Petang
Kehadiran: Semua Pengajar SEP

Sila sediakan Rekod Kehadiran Pelajar, Rekod Kemajuan Pelajar, Kertas Jawapan Pelajar, SLP 01 jika diperlukan. Harap maklum.

Image credit to: http://thebiggestnews.com

3.12.12

En. Ahmad Zafri dimasukkan ke Wad Lagi

Makluman kepada semua staf SEP dan IKM Lumut

En, Ahmad Zafri telah dimasukkan ke Hospital Seri Manjung pada 2 Disember 2012 kerana mengalami masalah pernafasan. Ini merupakan kali kedua beliau dimasukkan ke Hospital. Beliau boleh dilawati di Wad 4, Katil 24.

Sama - sama kita mendoakan semoga beliau segera sembuh. Amin.