19.10.11

Anugerah Industri Tenaga 2011 Milik Kita!

TAHNIAH!!!



IKM Lumut telah berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan Institusi Latihan - Anugerah Industri Tenaga 2011 yang sedikit sebanyak memberi impak positif kepada IKM Lumut secara amnya dan staf - staf Program Sijil Elektrik (Kuasa) dan Sijil Elektrik (Domestik) secara khususnya terhadap program kekompetenan Penjaga Jentera A1 & A4 serta Pendawai PW4 yang dijalankan di IKM Lumut. Semoga kejayaan ini dapat dikongsi bersama. Terima kasih juga diucapkan kepada anggota kerja Sijil Elektrik (Kuasa) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengumpul data - data pelajar dan program untuk dipersembahkan kepada Panel Auditor Suruhanjaya Tenaga. 




Di laman web Suruhanjaya Tenaga (ST)



18.10.11

Hari Penghayatan Kemerdekaan Negara

Tarikh: 26 September 2011
Hari : Isnin
Jurugambar: Muhamad Sabri b. Mat Kasim (Semester 6)

IKM Lumut telah mengadakan program sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54.


21.9.11

Lawatan Panel Auditor Anugerah Industri Tenaga 2011



Pada 12 September 2011, IKM Lumut telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Tenaga(ST). Suruhanjaya Tenaga merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga khususnya pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya Tenaga perlu memastikan tenaga elektrik dan gas berpaip yang dibekalkan kepada pengguna adalah terjamin, berdaya harap, selamat dan pada harga yang berpatutan.

Kunjungan ST kali ini adalah kerana IKM Lumut secara amnya dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) telah disenaraikan antara calon akhir bagi Anugerah Industri Tenaga 2011. Empat orang Panel Auditor  iaitu Ir. Nur Ali Za bin Hj. Omar, En. Ahmad Tazmin bin Mohd Noordin, En. Zahida bin Ismail dan En. Abd. Razak bin Hj. Amin hadir untuk membuat tinjauan mengenai perjalanan program kekompetenan yang ditauliahkan kepada IKM Lumut, manfaat kepada masyarakat dalam industri tenaga dan halatuju kekompetenan yang dijalankan serta perancangan masa hadapan.

















Mari kita sama - sama berdoa agar Anugerah Industri Tenaga 2011 akan menjadi milik IKM Lumut dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).

2.9.11

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

4.8.11

Sekitar Majlis Penutup SUPRO IKM Lumut 2011

Kejuaraan pada Sukan antara Program IKM Lumut pada semester ini bukan milik STKEK. Tapi tak mengapa kalau kalah sekali dua kan, baru nampak ada persaingan sihat. Apapun tahniah buat STKAF yang berjaya menjadi juara kali ini. Jangan leka, tahun 2012 pasti kami rampas kembali!

Pasukan - pasukan yang mengambil bahagian dalam perbarisan.



13.6.11

Lawatan Kerjaya di IKBN Seri Iskandar

Pada 7 Jun 2011, pelajar - pelajar SKEK telah pergi ke Hari Kerjaya yang dianjurkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.



1.5.11

Minggu Aktiviti IKM Lumut Sesi Januari - Jun 2011

SKEK JUARA LAGI!!!!!



Memang 2011 tahun SKEK jadi juara tidak kira apa juga pertandingan atau aktiviti yang berlangsung.

21.4.11

Berkelah di Air Terjun Batu Berangkai



Perkelahan di Air Terjun Batu Berangkai oleh pelajar - pelajar SKEK. Mulanya hendak pergi ke Air Terjun seperti gambar diatas, tetapi atas faktor kos yang tinggi untuk ke sana (Air Terjun Niagara tu),

25.3.11

Lawatan Menimba Ilmu dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak



Pada 23 Mac 2011, SKEK telah menerima kunjungan dari Jabatan Elektrik, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

17.3.11

Sukan Antara Kursus




Program SKEK telah berjaya merangkul kejuaraan Sukan Antara Kursus yang telah berlangsung sepanjang bulan Januari & Februari 2011. 

16.3.11

Perarakan Maulidur Rasul




IKM Lumut telah mengadakan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul dimana semua Program akan berarak beramai - ramai sambil berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.