16.3.11

Perarakan Maulidur Rasul




IKM Lumut telah mengadakan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul dimana semua Program akan berarak beramai - ramai sambil berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. 

Pengadil pertandingan akan mengadili beberapa kriteria diantaranya kreativiti sepanduk, keseragaman pasukan perarakan, bacaan selawat yang jelas dan pelbagai kriteria lagi. Program SKEK tidak ketinggalan dalam memeriahkan perarakan Maulidur Rasul kali ini. Dengan tema "1 Malaysia 1 Ummah" semua pelajar - pelajar berarak disepanjang jalan dari IKM Lumut menuju ke Kg. Dato' Seri Kamarudin dan berpusing kembali ke IKM Lumut. Program SKEK telah menjadi Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada semua tenaga pelajar & staf SKEK yang turut serta.





































































Tiada ulasan: