7.9.14

Kursus Amali Sembelihan sesi Jul - Dis 2014



pada 19 Ogos 2014 bagi pelajar Program SEP semester 6, bertempat di hadapan bangunan SEP. Ianya sebagai satu aktiviti berfaedah dan juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah sembelihan haiwan ternakan mengikut syariat Islam. 





21.8.14

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKM Lumut 2014

Majlis ini telah berlangsung pada 20 Ogos 2014 bertempat di Lobi Bangunan Integrasi IKM Lumut. Kesemua program telah mengambil bahagian dengan penglibatan menyeluruh dari warga kerja dan pelajar - pelajar IKM Lumut. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Pengarah IKM Lumut, En. Wan Sabri bin Wan Ismail. 

Tetamu - tetamu yang hadir bukan sahaja terdiri daripada jabatan - jabatan dan agensi - agensi yang berada disekitar Seri Manjung, malah yang terlibat dengan IKM Lumut samada secara langsung atau tidak langsung dan juga bekas -bekas warga IKM Lumut yang telah berpencen.

Program SEP tidak ketinggalan menyediakan juadah mee goreng istimewa dan ianya menjadi rebutan pengunjung kerana rasanya yang sedap dan enak. Ditambah pula dengan lemang dan rendang daging yang telah habis tidak sampai 10 minit ianya dihidangkan. Tahniah kepada semua yang terlibat.








13.5.14

International Invention, Innovation dan Technology Exhibition 2014 (ITEX 2014)



Tahniah kepada En. Syukur Al-hadi bin Sulaiman kerana telah memenangi pingat emas di ITEX 2014 yang berlangsung dari 8 - 10 Mei 2014 di KLCC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2014



Tahniah kepada staf SEP IKM Lumut, En. Ahmad Zafri bin Shafi'i kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2013, semoga ia menjadi pembakar semangat kepada rakan - rakan seperjuangan untuk sama - sama menjadi yang terbaik dan menjadi pendidik terbilang kepada anak bangsa.

9.4.14

PERSIDANGAN PENSYARAH TEKNIKAL MARA (PETMA) 2014


Semoga dengan Persidangan Teknikal ini dapat memberi idea dan inovasi terhadap bidang Elektrik di institusi - institusi milik MARA. Warga industri juga dijemput hadir sebagai sokongan terhadap industri elektrik dan tenaga di Malaysia.