Memaparkan catatan dengan label Pencapaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencapaian. Papar semua catatan

13.5.14

International Invention, Innovation dan Technology Exhibition 2014 (ITEX 2014)



Tahniah kepada En. Syukur Al-hadi bin Sulaiman kerana telah memenangi pingat emas di ITEX 2014 yang berlangsung dari 8 - 10 Mei 2014 di KLCC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2014



Tahniah kepada staf SEP IKM Lumut, En. Ahmad Zafri bin Shafi'i kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2013, semoga ia menjadi pembakar semangat kepada rakan - rakan seperjuangan untuk sama - sama menjadi yang terbaik dan menjadi pendidik terbilang kepada anak bangsa.

13.10.13

Sambutan Merdeka Raya IKM Lumut 2013

Tarikh: 4 September 2013
Hari: Khamis


28.2.12

Pra Kelayakan Pertandingan MySkills 2012



Tahniah diucapkan kepada Pengajar SEP, En. Kamarul Azizzain bin Zainun yang telah berjaya layak ke peringkat seterusnya didalam Pertandingan MySkills 2012. Seorang lagi pengajar yang berjaya adalah En. Shamsul bin Mohad dari SED. Mereka adalah diantara ratusan calon yang telah menduduki ujian teori yang telah dijalankan pada 16 Februari 2012. Diharapkan mereka dapat layak sehingga ke peringkat akhir pertandingan. Semoga berjaya!

19.10.11

Anugerah Industri Tenaga 2011 Milik Kita!

TAHNIAH!!!



IKM Lumut telah berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan Institusi Latihan - Anugerah Industri Tenaga 2011 yang sedikit sebanyak memberi impak positif kepada IKM Lumut secara amnya dan staf - staf Program Sijil Elektrik (Kuasa) dan Sijil Elektrik (Domestik) secara khususnya terhadap program kekompetenan Penjaga Jentera A1 & A4 serta Pendawai PW4 yang dijalankan di IKM Lumut. Semoga kejayaan ini dapat dikongsi bersama. Terima kasih juga diucapkan kepada anggota kerja Sijil Elektrik (Kuasa) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengumpul data - data pelajar dan program untuk dipersembahkan kepada Panel Auditor Suruhanjaya Tenaga. 




Di laman web Suruhanjaya Tenaga (ST)



21.9.11

Lawatan Panel Auditor Anugerah Industri Tenaga 2011



Pada 12 September 2011, IKM Lumut telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Tenaga(ST). Suruhanjaya Tenaga merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga khususnya pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya Tenaga perlu memastikan tenaga elektrik dan gas berpaip yang dibekalkan kepada pengguna adalah terjamin, berdaya harap, selamat dan pada harga yang berpatutan.

Kunjungan ST kali ini adalah kerana IKM Lumut secara amnya dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) telah disenaraikan antara calon akhir bagi Anugerah Industri Tenaga 2011. Empat orang Panel Auditor  iaitu Ir. Nur Ali Za bin Hj. Omar, En. Ahmad Tazmin bin Mohd Noordin, En. Zahida bin Ismail dan En. Abd. Razak bin Hj. Amin hadir untuk membuat tinjauan mengenai perjalanan program kekompetenan yang ditauliahkan kepada IKM Lumut, manfaat kepada masyarakat dalam industri tenaga dan halatuju kekompetenan yang dijalankan serta perancangan masa hadapan.

















Mari kita sama - sama berdoa agar Anugerah Industri Tenaga 2011 akan menjadi milik IKM Lumut dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).