14.3.13

Majlis Meraikan En. Ahmad Fauzi

Majlis diadakan di Restoran Horizon Garden, Seri Manjung, Perak. Beliau akan berpindah kembali ke Bahagian Kemahiran & Teknikal, Ibu Pejabat MARA. Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan kepada Program SEP walaupun untuk jangkamasa yang singkat. Banyak input berguna yang diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat di Program SEP, IKM Lumut.


11.3.13

Minggu Aktiviti IKM Lumut Sesi Jan - Jun 2013

Selamat beriadah kepada semua pelajar Program SEP. Semoga kejuaraan terus menjadi milik SEP lagi kali ini!

10.3.13

Hari Terbuka IKM Lumut 2013


Bersama - sama memeriahkan Hari Terbuka IKM Lumut yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Mac 2013 bertempat di Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.


Datanglah ke booth Program SEP bagi mendapatkan sebarang maklumat berkenaan program SEP dan prospek.


Ralat: Terdapat kesilapan pada Banner Program SEP, 
1. Nama program: Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa adalah Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
2. Gambar: Gambar dipaparkan adalah gambar pendawaian industri sahaja, iaitu sebahagian dari kursus yang ditawarkan di Program SEP. Bidang utama di SEP adalah melibatkan Kabel Bawah Tanah dan Talian Atas, Papan Suis Utama dan Penyegerakan Janakuasa.

Harap maklum.

1.3.13

1 Mac Hari MARA 2013 - "47 TAHUN MARA TERUS DISAYANGI"