Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman. Papar semua catatan

30.8.16

Pertandingan Melukis Mural Kemerdekaan Ke-59 Peringkat IKM Lumut


Kesemua Program diberi ruang 8 kaki X 6 kaki dan dikehendaki melukis mural bermotifkan Kemerdekaan Ke-59 dengan tema Sehati Sejiwa. Program SEP telah mendapat ruang lukisan mural di hadapan tandas pelajar berhampiran dengan Bistro IKM Lumut. Pelajar Semester 6 SEP A1 telah mencurahkan tenaga dan kreativiti mereka bersama - sama dengan pengajar SEP iaitu En. Ismail bin Abdullah dan En. Mohd Azam Shah bin Abdul Majid.

Tidak disangka kerana pelajar - pelajar ini mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.

Diharapkan mural kemerdekaan Program SEP akan berjaya menarik minat para Juri Pertandingan dan seterusnya memperolehi tempat Pertama. In shaa Allah.

#merdeka
#mohngetehharikebangsaankklw
#ikmlumut
#50tahunmara
#sehatisejiwa
 







Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW Peringkat IKM Lumut

Suasana di IKM Lumut semasa Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW berlangsung pada Isnin 29.8.2016


Latar Belakang Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW


Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KKLW akan menganjurkan program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW.

Penyertaan ini adalah melibatkan semua Bahagian/Unit/Agensi di bawah KKLW.

Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW dijangka akan diadakan pada 29 Ogos 2016 (Isnin) serentak diseluruh Malaysia adalah merupakan program kemuncak program Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

7.4.16

Lawatan Mesra Program SED IKM Jasin ke IKM Lumut

Tarikh: 5 April 2016
Tempat: Jabatan Elektrik IKM Lumut (Program SEP dan SED)



        

7.2.15

Lawatan dan Amanat Pengarah IKM Lumut kepada SEP

Terima kasih kepada Pengarah IKML yang sudi melawat SEP, semoga kita semua berusaha bersama - sama kearah meningkatkan kecemerlangan diri kita sendiri, program SEP dan seterusnya IKM Lumut.

Mentor Mentee Bowling Challenge

Tahniah kerana memenangi tempat ke - 3 pada Mentor Mentee Bowling Challenge yang diadakan pada 17 Januari 2015. Diharap kerjasama diantara mentor dan mentee akan menjadi lebih efektif dan seterusnya menyumbang kepada produktiviti yang cemerlang.

21.8.14

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKM Lumut 2014

Majlis ini telah berlangsung pada 20 Ogos 2014 bertempat di Lobi Bangunan Integrasi IKM Lumut. Kesemua program telah mengambil bahagian dengan penglibatan menyeluruh dari warga kerja dan pelajar - pelajar IKM Lumut. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Pengarah IKM Lumut, En. Wan Sabri bin Wan Ismail. 

Tetamu - tetamu yang hadir bukan sahaja terdiri daripada jabatan - jabatan dan agensi - agensi yang berada disekitar Seri Manjung, malah yang terlibat dengan IKM Lumut samada secara langsung atau tidak langsung dan juga bekas -bekas warga IKM Lumut yang telah berpencen.

Program SEP tidak ketinggalan menyediakan juadah mee goreng istimewa dan ianya menjadi rebutan pengunjung kerana rasanya yang sedap dan enak. Ditambah pula dengan lemang dan rendang daging yang telah habis tidak sampai 10 minit ianya dihidangkan. Tahniah kepada semua yang terlibat.








13.5.14

International Invention, Innovation dan Technology Exhibition 2014 (ITEX 2014)



Tahniah kepada En. Syukur Al-hadi bin Sulaiman kerana telah memenangi pingat emas di ITEX 2014 yang berlangsung dari 8 - 10 Mei 2014 di KLCC

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2014



Tahniah kepada staf SEP IKM Lumut, En. Ahmad Zafri bin Shafi'i kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2013, semoga ia menjadi pembakar semangat kepada rakan - rakan seperjuangan untuk sama - sama menjadi yang terbaik dan menjadi pendidik terbilang kepada anak bangsa.

9.4.14

PERSIDANGAN PENSYARAH TEKNIKAL MARA (PETMA) 2014


Semoga dengan Persidangan Teknikal ini dapat memberi idea dan inovasi terhadap bidang Elektrik di institusi - institusi milik MARA. Warga industri juga dijemput hadir sebagai sokongan terhadap industri elektrik dan tenaga di Malaysia.

31.8.13

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 56

Sumber: bighandesign

18.7.13

Taklimat Awal Latihan Industri untuk Sesi Januari - Jun 2014

TAKLIMAT AWAL LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR YANG AKAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI PADA SESI JANUARI - JUN 2014

Tarikh   : 24 Julai 2013
Masa    : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Teater, Bangunan Integrasi IKM Lumut

9.7.13

Selamat Datang Ramadan Al-Mubarak























Sumber:
http://ramadan2013blog.blogspot.com/

20.6.13

Jamuan Makan Tamat Latihan A1 & A4 Sesi Jan - Jun 2012


Jamuan telah diadakan di Restoran Dayang, Teluk Batik, Perak pada 3 Mac 2013.



6.6.13

Peperiksaan Amali Akhir & Ujian Lisan bagi Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Suruhanjaya Tenaga - A1

Peperiksaan Amali Akhir & Ujian Lisan bagi Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Suruhanjaya Tenaga sesi 1/2013. Panel pemeriksa adalah En. Ramli bin Dai'i(K), En. Mohd Yasin bin Abd Razak(K), En. Norazhar bin Hj Md Anuar, En. Hafiz bin Abas, En. Ahmad Zafri bin Shafi'i & En. Kamarul Azizzain bin Zainun.


30.5.13

Kursus Sembelihan Program SEP sesi Jan - Jun 2013

20.5.13

Perutusan YBhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA Sempena Hari Pendidik MARA 2013



Sumber : eWarta MARA

19.5.13

Pra Pertandingan Kemahiran Malaysia kali ke-22

 Pelajar SEP mewakili IKM Lumut ke Pra Pertandingan Kemahiran Malaysia di ILP Kepala Batas bergambar bersama jurulatih sebelum bertolak ke ILP Kepala Batas



30.4.13

Lawatan dari Program A1 Khas, IKM Jasin

Program SEP telah berbesar hati menerima kunjungan dari Program A1 Khas, IKM Jasin, Melaka pada 29 April 2012. Seramai 22 orang pelajar termasuk 2 orang guru pengiring telah terlibat dalam lawatan ini. Kesemua tetamu dibawa melawat bengkel - bengkel dan kemudian ditunjukkan "demo" Penyegerakan atau Synchronizing oleh En. Ahmad Zafri bin Shafi'i. Diharapkan hubungan diantara Program A1 Khas, IKM Jasin dan SEP, IKM Lumut akan berterusan.