21.8.14

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKM Lumut 2014

Majlis ini telah berlangsung pada 20 Ogos 2014 bertempat di Lobi Bangunan Integrasi IKM Lumut. Kesemua program telah mengambil bahagian dengan penglibatan menyeluruh dari warga kerja dan pelajar - pelajar IKM Lumut. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Pengarah IKM Lumut, En. Wan Sabri bin Wan Ismail. 

Tetamu - tetamu yang hadir bukan sahaja terdiri daripada jabatan - jabatan dan agensi - agensi yang berada disekitar Seri Manjung, malah yang terlibat dengan IKM Lumut samada secara langsung atau tidak langsung dan juga bekas -bekas warga IKM Lumut yang telah berpencen.

Program SEP tidak ketinggalan menyediakan juadah mee goreng istimewa dan ianya menjadi rebutan pengunjung kerana rasanya yang sedap dan enak. Ditambah pula dengan lemang dan rendang daging yang telah habis tidak sampai 10 minit ianya dihidangkan. Tahniah kepada semua yang terlibat.