20.11.16
30.8.16
Pertandingan Melukis Mural Kemerdekaan Ke-59 Peringkat IKM Lumut
Kesemua Program diberi ruang 8 kaki X 6 kaki dan dikehendaki melukis mural bermotifkan Kemerdekaan Ke-59 dengan tema Sehati Sejiwa. Program SEP telah mendapat ruang lukisan mural di hadapan tandas pelajar berhampiran dengan Bistro IKM Lumut. Pelajar Semester 6 SEP A1 telah mencurahkan tenaga dan kreativiti mereka bersama - sama dengan pengajar SEP iaitu En. Ismail bin Abdullah dan En. Mohd Azam Shah bin Abdul Majid.
Tidak disangka kerana pelajar - pelajar
ini mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua.
Diharapkan
mural kemerdekaan Program SEP akan berjaya menarik minat para Juri
Pertandingan dan seterusnya memperolehi tempat Pertama. In shaa Allah.
#merdeka
#mohngetehharikebangsaankklw
#ikmlumut
#50tahunmara
#sehatisejiwa
Label:
Aktiviti,
Makluman,
Pertandingan
Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW Peringkat IKM Lumut
Suasana di IKM Lumut semasa Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW berlangsung pada Isnin 29.8.2016
Latar Belakang Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW
Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KKLW akan menganjurkan program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW.
Penyertaan ini adalah melibatkan semua Bahagian/Unit/Agensi di bawah KKLW.
Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW dijangka akan diadakan pada 29 Ogos 2016 (Isnin) serentak diseluruh Malaysia adalah merupakan program kemuncak program Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
Latar Belakang Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW
Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KKLW akan menganjurkan program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW.
Penyertaan ini adalah melibatkan semua Bahagian/Unit/Agensi di bawah KKLW.
Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW dijangka akan diadakan pada 29 Ogos 2016 (Isnin) serentak diseluruh Malaysia adalah merupakan program kemuncak program Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
14.8.16
Senaman pagi pada hari pertama sebelum kelas PSME bermula
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pendaftaran baru telah dibuka untuk pengambilan akan datang. PM kami atau Whatsapp 019-2757344 maklumat seperti berikut:
1. Nama:
2. No. MyKad:
3. No. HP:
4. Nama Majikan:
5. Alamat Majikan:
6. Kategori: PW3/4, A0, A1, A4
7. Modul: (a) / (b)
Kami juga menawarkan modul:
a) Talian Atas Voltan Rendah
b) Penyegerakan Janakuasa Voltan Rendah
bagi anda yang ada kompeten Penjaga Jentera A0, A1 dan ingin 'upgrade' kepada Penjaga Jentera A4 tetapi tiada pengalaman kerja mencukupi bagi mendapatkan kompeten A4, perlu mengambil modul tersebut sebagai salah satu syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Tempat adalah terhad. Whatsapp 019-2757344 SEKARANG!
13.8.16
Pendaftaran Pelajar Program Separuh Masa Elektrik : Batch 3
Jabatan Elektrik mengucapkan tahniah kepada pelajar Program Separuh Masa Elektrik (PSME) IKM Lumut yang telah hadir pada hari pendaftaran. Taklimat pendaftaran disampaikan oleh En. H Abdullah bin T Hamzah, Penyelaras PSME, Jabatan Elektrik IKM Lumut.
Pendaftaran kali ini adalah bagi Kategori Kompetensi Suruhanjaya Tenaga:
a) Penjaga Jentera A1
b) Penjaga Jentera A0
c) Pendawai Elektrik PW3/PW4
Diharapkan semoga kesemua pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi disamping perkongsian ilmu dan pengalaman di industri bersama - sama dengan warga Jabatan Elektrik, IKM Lumut sekaligus menguatkan kerjasama industri dan MARA secara amnya dan IKM Lumut secara khususnya.
7.2.15
Lawatan dan Amanat Pengarah IKM Lumut kepada SEP
Terima kasih kepada Pengarah IKML yang sudi melawat SEP, semoga kita
semua berusaha bersama - sama kearah meningkatkan kecemerlangan diri
kita sendiri, program SEP dan seterusnya IKM Lumut.
Label:
Makluman
Mentor Mentee Bowling Challenge
Tahniah kerana memenangi tempat ke - 3 pada Mentor Mentee Bowling
Challenge yang diadakan pada 17 Januari 2015. Diharap kerjasama diantara
mentor dan mentee akan menjadi lebih efektif dan seterusnya menyumbang
kepada produktiviti yang cemerlang.
Label:
Aktiviti,
Makluman,
Pertandingan
Projek Lampu Brek LED pelajar semester 6 SEP dan semester 4 SED sesi Julai - Disember 2014
Tahniah kerana berjaya menyiapkan projek yang diberikan. Diharapkan ilmu yang diperolehi digunakan sebaiknya.

Label:
Aktiviti
7.9.14
Kursus Amali Sembelihan sesi Jul - Dis 2014
pada 19 Ogos 2014 bagi pelajar Program SEP semester 6, bertempat di hadapan bangunan SEP. Ianya sebagai satu aktiviti berfaedah dan juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah sembelihan haiwan ternakan mengikut syariat Islam.
Label:
Aktiviti,
Pengetahuan,
Teknik Penggunaan
Langgan:
Catatan (Atom)









































