Para pelajar kini boleh mengakses segala maklumat terkini berkaitan dengan kemahiran yang dianjurkan oleh MARA melalui laman sesawang eKemahiran
10.1.13
Jawatan Kosong Pengisian Segera
Untuk makluman semua, industri seperti di bawah amat
berminat untuk mengambil graduan KKTM/IKM yang ingin bekerja di syarikat
mereka:
Sehubungan dengan itu, Graduan yang berminat perlu
menghantar Resume kepada rozita@mara.gov.my atau hubungi talian terus
di 03-26134646. Unit Perhub. & Latihan Industri dengan kerjasama
industri akan mengadakan temuduga terdekat di Kuala Lumpur atau kawasan
yang sewaktu dengannya pada bulan hadapan.
Pelajar yang menyertai program ini akan dimasukkan
dalam senarai Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M) di mana
graduan akan memperolehi elaun sebanyak RM500/bulan selama 2 bulan.
Sekian.
Sumber: Laman sesawang eKemahiran
Label:
Makluman
30.12.12
Kini Tidak Susah Lagi
Berita baik kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kemahiran didalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera A1). Anda layak untuk menjalani latihan kemahiran dalam program ini sekiranya memenuhi kriteria seperti dibawah:
Kelayakan Minima
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia Atau Setara Dengannya Sekurang-Kurangnya
1) Satu (1) Kepujian Dalam Mana-Mana Matapelajaran
2) Lulus Matematik / Matematik Tambahan
Lain-lain Syarat
Lelaki sahaja
Sumber: Website IKM Lumut
Label:
Makluman
28.12.12
Selamat Datang Pelajar Baru Sesi Januari - Jun 2013
Pihak Program SEP mengucapkan tahniah kerana memilih Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik Kuasa sebagai pilihan bagi menyambung pelajaran dan mengumpul sebanyak yang boleh kemahiran dalam bidang elektrik kuasa. Diharapkan semoga pelajar semua berusaha bersungguh - sungguh bagi mendapatkan bukan sahaja Perakuan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) iaitu Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1 tetapi juga pengalaman - pengalaman membuat kerja - kerja sebagai seorang Penjaga Jentera Elektrik.
Label:
Makluman
11.12.12
Mesyuarat Program SEP
Makluman kepada semua Pengajar dan Juruteknik SEP
Mesyuarat Program SEP akan diadakan seperti dibawah:
Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Bilik PLC
Masa: 11.00 Pagi
Diharap semua dapat hadir didalam mesyuarat.
Harap maklum
Mesyuarat Program SEP akan diadakan seperti dibawah:
Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Bilik PLC
Masa: 11.00 Pagi
Diharap semua dapat hadir didalam mesyuarat.
Harap maklum
Label:
Makluman
Pemeriksaan Crosscheck Peperiksaan Akhir Program SEP
Makluman kepada semua staf SEP
Pemeriksaan CROSSCHECK Peperiksaan Akhir sesi Julai - Disember 2012 akan berlangsung pada tarikh dan tempat seperti dibawah:
Tarikh: 12 Disember 2012
Tempat: Bilik PLC
Masa: 2.30 Petang
Kehadiran: Semua Pengajar SEP
Sila sediakan Rekod Kehadiran Pelajar, Rekod Kemajuan Pelajar, Kertas Jawapan Pelajar, SLP 01 jika diperlukan. Harap maklum.
Image credit to: http://thebiggestnews.com
Label:
Makluman
3.12.12
En. Ahmad Zafri dimasukkan ke Wad Lagi
Makluman kepada semua staf SEP dan IKM Lumut
En, Ahmad Zafri telah dimasukkan ke Hospital Seri Manjung pada 2 Disember 2012 kerana mengalami masalah pernafasan. Ini merupakan kali kedua beliau dimasukkan ke Hospital. Beliau boleh dilawati di Wad 4, Katil 24.
Sama - sama kita mendoakan semoga beliau segera sembuh. Amin.
Label:
Makluman
Langgan:
Catatan (Atom)




