Terima kasih kepada Pengarah IKML yang sudi melawat SEP, semoga kita
semua berusaha bersama - sama kearah meningkatkan kecemerlangan diri
kita sendiri, program SEP dan seterusnya IKM Lumut.
7.2.15
Mentor Mentee Bowling Challenge
Tahniah kerana memenangi tempat ke - 3 pada Mentor Mentee Bowling
Challenge yang diadakan pada 17 Januari 2015. Diharap kerjasama diantara
mentor dan mentee akan menjadi lebih efektif dan seterusnya menyumbang
kepada produktiviti yang cemerlang.
Label:
Aktiviti,
Makluman,
Pertandingan
Projek Lampu Brek LED pelajar semester 6 SEP dan semester 4 SED sesi Julai - Disember 2014
Tahniah kerana berjaya menyiapkan projek yang diberikan. Diharapkan ilmu yang diperolehi digunakan sebaiknya.

Label:
Aktiviti
7.9.14
Kursus Amali Sembelihan sesi Jul - Dis 2014
pada 19 Ogos 2014 bagi pelajar Program SEP semester 6, bertempat di hadapan bangunan SEP. Ianya sebagai satu aktiviti berfaedah dan juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah sembelihan haiwan ternakan mengikut syariat Islam.
Label:
Aktiviti,
Pengetahuan,
Teknik Penggunaan
21.8.14
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKM Lumut 2014
Majlis ini telah berlangsung pada 20 Ogos 2014 bertempat di Lobi Bangunan Integrasi IKM Lumut. Kesemua program telah mengambil bahagian dengan penglibatan menyeluruh dari warga kerja dan pelajar - pelajar IKM Lumut. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Pengarah IKM Lumut, En. Wan Sabri bin Wan Ismail.
Tetamu - tetamu yang hadir bukan sahaja terdiri daripada jabatan -
jabatan dan agensi - agensi yang berada disekitar Seri Manjung, malah
yang terlibat dengan IKM Lumut samada secara langsung atau tidak
langsung dan juga bekas -bekas warga IKM Lumut yang telah berpencen.
Program SEP tidak ketinggalan menyediakan juadah mee goreng istimewa dan ianya menjadi rebutan pengunjung kerana rasanya yang sedap dan enak. Ditambah pula dengan lemang dan rendang daging yang telah habis tidak sampai 10 minit ianya dihidangkan. Tahniah kepada semua yang terlibat.
13.5.14
International Invention, Innovation dan Technology Exhibition 2014 (ITEX 2014)
Tahniah kepada En. Syukur Al-hadi bin Sulaiman kerana telah memenangi pingat emas di ITEX 2014 yang berlangsung dari 8 - 10 Mei 2014 di KLCC
Label:
Inovasi,
Makluman,
Pencapaian
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2014
Tahniah kepada staf SEP IKM Lumut, En. Ahmad
Zafri bin Shafi'i kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
MARA 2013, semoga ia menjadi pembakar semangat kepada rakan - rakan
seperjuangan untuk sama - sama menjadi yang terbaik dan menjadi pendidik
terbilang kepada anak bangsa.
Label:
Makluman,
Pencapaian
Langgan:
Catatan (Atom)























