Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) telah menjalankan kursus jangka pendek bagi eksekutif - eksekutif dari Suruhanjaya Tenaga (ST). Kursus ini telah dihadiri oleh 20 orang eksekutif ST dan telah berlangsung dari 25 hingga 29 Jun 2012.10.7.12
Kursus Talian Atas Voltan Rendah
Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) telah menjalankan kursus jangka pendek bagi eksekutif - eksekutif dari Suruhanjaya Tenaga (ST). Kursus ini telah dihadiri oleh 20 orang eksekutif ST dan telah berlangsung dari 25 hingga 29 Jun 2012.
Label:
Aktiviti
28.2.12
Pra Kelayakan Pertandingan MySkills 2012


Tahniah diucapkan kepada Pengajar SEP, En. Kamarul Azizzain bin Zainun yang telah berjaya layak ke peringkat seterusnya didalam Pertandingan MySkills 2012. Seorang lagi pengajar yang berjaya adalah En. Shamsul bin Mohad dari SED. Mereka adalah diantara ratusan calon yang telah menduduki ujian teori yang telah dijalankan pada 16 Februari 2012. Diharapkan mereka dapat layak sehingga ke peringkat akhir pertandingan. Semoga berjaya!
Label:
Pencapaian
20.1.12
Lawatan Sambil Belajar SKEK IKM Sungai Petani
Lawatan kali ini banyak menekankan kepada kerjaya serta peningkatan kompentasi pelajar . Lokasi yang dilawati adalah> ILSAS Cawangan Malim Nawar bhg.penghantaran voltan tinggi,IKM LUMUT program khas chargeman A4 dan TNB JANAMANJUNG. Disamping lawatan yg dilakukan,pihak IKM LUMUT telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal antara pelajar SEP IKM LUMUT dgn rombongan IKM SP.Pelajar yang terlibat adalah dari semester empat dan enam serta diiringi oleh dua org tenaga pengajar iaitu En Mohamad Noh Bin Ab Razak dan En Mohd Zaki Bin Ibrahim.



Sumber SKEK IKM Sungai Petani



Sumber SKEK IKM Sungai Petani
Label:
Aktiviti
19.10.11
Anugerah Industri Tenaga 2011 Milik Kita!
TAHNIAH!!!

IKM Lumut telah berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan Institusi Latihan - Anugerah Industri Tenaga 2011 yang sedikit sebanyak memberi impak positif kepada IKM Lumut secara amnya dan staf - staf Program Sijil Elektrik (Kuasa) dan Sijil Elektrik (Domestik) secara khususnya terhadap program kekompetenan Penjaga Jentera A1 & A4 serta Pendawai PW4 yang dijalankan di IKM Lumut. Semoga kejayaan ini dapat dikongsi bersama. Terima kasih juga diucapkan kepada anggota kerja Sijil Elektrik (Kuasa) yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengumpul data - data pelajar dan program untuk dipersembahkan kepada Panel Auditor Suruhanjaya Tenaga.


Di laman web Suruhanjaya Tenaga (ST)

Label:
Pencapaian
18.10.11
Hari Penghayatan Kemerdekaan Negara
Tarikh: 26 September 2011
Hari : Isnin
Jurugambar: Muhamad Sabri b. Mat Kasim (Semester 6)
IKM Lumut telah mengadakan program sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54.

Label:
Aktiviti
21.9.11
Lawatan Panel Auditor Anugerah Industri Tenaga 2011

Pada 12 September 2011, IKM Lumut telah menerima kunjungan dari Suruhanjaya Tenaga(ST). Suruhanjaya Tenaga merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga khususnya pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suruhanjaya Tenaga perlu memastikan tenaga elektrik dan gas berpaip yang dibekalkan kepada pengguna adalah terjamin, berdaya harap, selamat dan pada harga yang berpatutan.
Kunjungan ST kali ini adalah kerana IKM Lumut secara amnya dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) telah disenaraikan antara calon akhir bagi Anugerah Industri Tenaga 2011. Empat orang Panel Auditor iaitu Ir. Nur Ali Za bin Hj. Omar, En. Ahmad Tazmin bin Mohd Noordin, En. Zahida bin Ismail dan En. Abd. Razak bin Hj. Amin hadir untuk membuat tinjauan mengenai perjalanan program kekompetenan yang ditauliahkan kepada IKM Lumut, manfaat kepada masyarakat dalam industri tenaga dan halatuju kekompetenan yang dijalankan serta perancangan masa hadapan.















Mari kita sama - sama berdoa agar Anugerah Industri Tenaga 2011 akan menjadi milik IKM Lumut dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).















Mari kita sama - sama berdoa agar Anugerah Industri Tenaga 2011 akan menjadi milik IKM Lumut dan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Label:
Aktiviti,
Pencapaian
2.9.11
Langgan:
Catatan (Atom)
