8.9.12

En. Ahmad Zafri Dimasukkan ke Wad




Makluman kepada semua yang berkenaan.

Staf Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) iaitu En. Ahmad Zafri bin Shafi'i telah dimasukkan ke Hospital Seri Manjung, Perak pada 6 September 2012 kerana jangkitan kuman pada paru - paru beliau. Diharapkan agar kita semua mendoakan agar beliau cepat sembuh. Beliau boleh dilawati di Katil E1, Wad 4 - Wad Perubatan Lelaki, Hospital Seri Manjung, Perak.

17.8.12

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


20.7.12

Kursus Sistem Janakuasa


Setelah berakhir Kursus Talian Atas Voltan Rendah, Progam SEP sekali lagi menjalankan kursus jangka pendek yang kedua bagi Pegawai - pegawai Suruhanjaya Tenaga (ST) di mana pada kali ini kursus ini melibatkan Sistem Janakuasa. Kursus ini berlangsung dari 2 hingga 6 Julai 2012.

Peserta diberi pendedahan secara amali perkara - perkara berkaitan dengan sistem janakuasa, penyenggaraan, penyegerakan, dan berpeluang melakukan sendiri kerja menghidup dan mematikan bekalan janakuasa.

Hari Pertama
Peserta kursus diberi taklimat dan dibawa melawat makmal sistem janakuasa SEP.




Hari Kedua
Teori Sistem Janakuasa, Penyenggaraan janakuasa dan Standard Operating Procedure (S.O.P) Menghidup dan Mematikan Janakuasa



Hari Ketiga
Amali Penyenggaraan dan amali Penyegerakan]


Hari Keempat
Lawatan ke Felcra Nasaruddin, Jalan Tronoh, Bota, Perak