Majlis diadakan di Restoran Horizon Garden, Seri Manjung, Perak. Beliau akan berpindah kembali ke Bahagian Kemahiran & Teknikal, Ibu Pejabat MARA. Terima kasih diatas sumbangan yang diberikan kepada Program SEP walaupun untuk jangkamasa yang singkat. Banyak input berguna yang diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat di Program SEP, IKM Lumut.
14.3.13
11.3.13
Minggu Aktiviti IKM Lumut Sesi Jan - Jun 2013
Selamat beriadah kepada semua pelajar Program SEP. Semoga kejuaraan terus menjadi milik SEP lagi kali ini!
10.3.13
Hari Terbuka IKM Lumut 2013
Bersama - sama memeriahkan Hari Terbuka IKM Lumut yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Mac 2013 bertempat di Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.
Datanglah ke booth Program SEP bagi mendapatkan sebarang maklumat berkenaan program SEP dan prospek.
Ralat: Terdapat kesilapan pada Banner Program SEP,
1. Nama program: Sijil Kejuruteraan Elektrik Kuasa adalah Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
2. Gambar: Gambar dipaparkan adalah gambar pendawaian industri sahaja, iaitu sebahagian dari kursus yang ditawarkan di Program SEP. Bidang utama di SEP adalah melibatkan Kabel Bawah Tanah dan Talian Atas, Papan Suis Utama dan Penyegerakan Janakuasa.
Harap maklum.
Label:
Makluman
28.2.13
Tahniah Ketua Jabatan Elektrik
Tahniah kepada En. Hanafi bin Che Ab Halim sekeluarga kerana telah menimang cahayamata ketiga yang telah diberi nama Che Muhammad Aqeel bin Hanafi. Program SEP telah menziarahi En. Hanafi sekeluarga dirumah pada hari Khamis 28 Februari 2013. Semoga kehidupan beliau sekeluarga lebih ceria. Tahniah!
Label:
Makluman
14.2.13
En. Mustaffa bin Sharip dimasukkan ke Hospital Selayang
Pengajar SEP & SED telah pergi menziarahi En. Mustaffa bin Sharip di Hospital Selayang pada 13 Februari 2013. Beliau dimasukkan ke Wad 4B, Hospital Selayang kerana sakit kencing manis. Untuk makluman, En. Mustaffa bin Sharip adalah pengajar SEP. Mohon kepada sesiapa yang mengenali beliau untuk mendoakan semoga beliau sembuh dengan segera. InsyAllah
Label:
Makluman
Langgan:
Catatan (Atom)











