IKM Lumut telah mula mengorak langkah untuk mendapatkan Pensijilan
Semula selepas tamat tempoh Pensijilan pada tahun lepas. Bagi
mempastikan Amalan 5S dapat diteruskan dengan Pensijilan, IKM Lumut
telah mohon pensijilan semula menerusi MPC.
Pada hari ini bertarikh 22 April 2013 En. Ismail bin Mohd. Nor (Pegawai
Perunding Kanan MPC) telah datang ke IKM Lumut untuk membuat lawatan
Audit Pra-Pensijilan.
En.Ismail sedang memeriksa dokumen Fail Juruaudit
Auditor MPC sedang membuat aucapan pembukaan Audit
Majlis bermula dari jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan Audit di
bilik Teater IKM Lumut. Mesyuarat di hadiri oleh semua AJK Induk dan
juga Ahli-ahli pasukan 5S IKM Lumut. Audit Dokumentasi di semak didalam
bilik operasi 5S.
Kawasan lain yang dilawati adalah terdiri dari Bilik UPP, Pejabat Pentadbiran, termasuk pejabat HEP, Bilik Pegawai Latihan Industri, bilik kaunselor dan juga bilik simpanan alatulis pejabat. Selain dari itu Bengkel STP dan juga bengkel STU dilawati. Jauh di belakang Bengkel STB tidak ketinggalan didalam program lawatan tersebut.
Kawasan lain yang dilawati adalah terdiri dari Bilik UPP, Pejabat Pentadbiran, termasuk pejabat HEP, Bilik Pegawai Latihan Industri, bilik kaunselor dan juga bilik simpanan alatulis pejabat. Selain dari itu Bengkel STP dan juga bengkel STU dilawati. Jauh di belakang Bengkel STB tidak ketinggalan didalam program lawatan tersebut.
Auditor MPC sedang menemu ramah seorang pelajar STU
Tidak ketinggalan dalan siri lawatan ini ialah ke Pejabat Pengurusan
Asrama daan juga Arsama. En. Ismail sangat tertarik dengan keadaan
bilik Pengurusan Asrama dibawah seliaan En. Mohd. Nazri Ahmad. Semua
orang sepatutnya berkongsi idea bagaimana kaedah menyediakan sebuah
tempat kerja yang sangat kondusif dan selesa seperti mana bilik
tersebut.
Keadaan bilik pengurusan asrama yang sangat ceria dan kondusif
Selepas hampir 4 jam membuat lawatan, Auditor menutup lawatan Pra-Audit
pada jam4.45 petang di bilik teater IKM Lumut. Lawatan berakhir pada
jam 5. 30 petang.
Tim. Pengarah HEA IKM Lumut sedang menyerahkan cenderahati kepada En. Ismail
Pihak Pengurusan IKM Lumut mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.
Ismail yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar dalam membuat
penambahaikan kepada Ahli jawatankuasa 5S. Beliau juga banyak memberi
penerangan mengenai Sistem baru dalam pengauditan Persekitaran
Berkualiti yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan. Terima kasih
juga kepada AJK Induk serta ahli-ahli 5s yang memberi sokongan dalam
melaksanakan. Kepada semua warga IKM Lumut yang telah membuat persediaan
awal juga tidak dilupakan. Syabas kepada semua yang telah banyak
membantu pihak pengurusan dalam merealisasikan budaya amalan 5S.
Insyaallah kami berharap akan dapat membuat persediaan bagi menghadapi
Final Audit pada 8 Mei 2013 nanti..
Efisien Produktif Kualiti
5S Budaya Kita Amalan Kita
Sumber : Blog 5S IKM Lumut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan